
Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman telah merasmikan pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2025 yang melibatkan Kampung Parit Keroma Darat dan Kampung Parit Jamil. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen berterusan Tentera Darat Malaysia dalam usaha melestarikan hasrat kerajaan bagi memastikan kebajikan serta pembangunan komuniti luar bandar terus diberi perhatian secara menyeluruh. Program s3umpama ini juga secara tidak langsung mengukuhkan hubungan antara tentera dan masyarakat setempat bertempat di Muar pada 14 Februari 2026.
Pelaksanaan projek ini memberi tumpuan kepada penambahbaikan kemudahan awam seperti masjid dan balai raya agar lebih selesa, selamat dan kondusif untuk kegunaan penduduk. Usaha ini memperlihatkan kerjasama erat antara pelbagai pihak dalam menjayakan pembangunan yang memberi manfaat langsung kepada komuniti, sekali gus menyokong kesejahteraan sosial dan kemasyarakatan.
Penglibatan aktif Tentera Darat Malaysia dalam inisiatif berorientasikan komuniti ini membuktikan bahawa peranan pasukan bukan sahaja tertumpu kepada aspek pertahanan negara, malah turut menyantuni keperluan rakyat. Pendekatan yang inklusif dan berterusan ini memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap komitmen angkatan dalam memelihara kesejahteraan dan kemakmuran bersama.
#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

