
Perbarisan Perutusan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-31, Jeneral Dato' Azhan bin Hj Md Othman telah diadakan di Dataran Parawood, Kem Terendak.
Perbarisan ini melibatkan seramai 240 pegawai dan 2,160 anggota Lain-Lain Pangkat yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Ashafiq bin Abdul Aziz, Pegawai Memerintah 18 RAMD (Para) dan merangkumi kekuatan daripada 10 Briged (Para), 21 Grup Gerak Khas serta 3 Divisyen sekali gus mencerminkan kesiapsiagaan dan semangat kebersamaan warga Tentera Darat Malaysia.
Perutusan Perintah Ulung ini merupakan wadah serta penyampaian amanat, hala tuju dan aspirasi kepimpinan kepada seluruh warga Tentera Darat.
Perbarisan ini bukan sahaja memperkukuh kefahaman terhadap tanggungjawab dan peranan warga Tentera Darat, malah menjadi simbol kesetiaan, disiplin dan komitmen berterusan Tentera Darat Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan negara demi memastikan angkatan masa hadapan terus gagah dan berwibawa.
#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

