
Tentera Darat Malaysia telah menyaksikan satu detik bersejarah menerusi Majlis Pemakaian Pangkat dan Pelantikan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Ke-24 yang berlangsung di Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.
Majlis ini menyaksikan Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia Ke-24 yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan.
Pelantikan tersebut melambangkan kepercayaan dan amanah besar yang digalas oleh kepimpinan baharu dalam meneruskan agenda pemerkasaan Angkatan Tentera Malaysia, selaras dengan cabaran keselamatan semasa dan masa hadapan. Tentera Darat Malaysia kekal komited untuk terus berperanan sebagai tunjang kekuatan darat negara melalui latihan berterusan, profesionalisme anggota serta kerjasama strategik bersama perkhidmatan lain.
Seiring semangat Gagah Setia, seluruh warga Tentera Darat Malaysia akan terus berdiri teguh mempertahankan kedaulatan negara, berpaksikan pengorbanan yang tidak bertepi demi keamanan dan kesejahteraan rakyat. Kesepaduan Angkatan Tentera Malaysia menjadi asas kukuh dalam membina angkatan masa hadapan sebagai benteng pertahanan negara yang berwibawa dan diyakini.
#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

