PEMAKAIAN PANGKAT DAN SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA MEDAN BARAT PERKUKUH KEPIMPINAN TENTERA DARAT

pmbtd

Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Panglima Medan Barat Tentera Darat telah berlangsung di Ruang Tamu, Pejabat Panglima Tentera Darat yang disempurnakan oleh Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman, Panglima Tentera Darat bersama isteri Datin Noor Ainy binti Haji Mohd Ali.

Mejar Jeneral Dato’ Khairul Azmizal bin Ahmad Natal telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral dan seterusnya menjawat jawatan sebagai Panglima Medan Barat Tentera Darat. Majlis serah terima tugas turut menyaksikan Leftenan Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman menyerahkan tampuk kepimpinan kepada beliau, menandakan peralihan kepimpinan PMBTD yang baharu.

Majlis ini melambangkan kesinambungan kepimpinan Tentera Darat Malaysia serta memperkukuhkan semangat setia, pengorbanan dan tanggungjawab bersama dalam mempertahankan kedaulatan negara. Pelantikan dan peralihan kepimpinan ini diyakini akan terus memperkasakan kesiapsiagaan operasi Tentera Darat Malaysia sebagai benteng pertahanan negara yang unggul dan berwibawa.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

#ATMSentiasaBersepadu

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara