SENTUHAN KEPIMPINAN, TANDA KEPRIHATINAN PANGLIMA TENTERA DARAT

 MAJLIS RAMAH MESRA PTD

Majlis Ramah Mesra Panglima Tentera Darat Ke-31 telah diadakan di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi malam tadi yang dihadiri Jeneral Dato’ Azhan bin Haji Md Othman, Panglima Tentera Darat bersama isteri Datin Noor Ainy binti Haji Mohd Ali.

Majlis ini dianjurkan sebagai wadah memperkukuh hubungan silaturahim serta menyemai nilai kebersamaan antara kepimpinan tertinggi dan para pegawai serta isteri dalam suasana penuh harmoni dan muhibah.

Penganjuran majlis ini mencerminkan keprihatinan dan penghargaan terhadap warga Tentera Darat Malaysia yang sentiasa komited memikul amanah mempertahankan kedaulatan negara.

Pendekatan ramah mesra yang diketengahkan bukan sahaja mengeratkan hubungan antara kepimpinan dan warga juga menjadi platform menyantuni serta memperkukuh semangat setiakawan dan kesepaduan dalam organisasi.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

#ATMSentiasaBersepadu

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara