PERUBAHAN TAMPUK PEMERINTAHAN TENTERA DARAT

HOTO TPTD

Tentera Darat Malaysia pada hari ini menyaksikan perubahan tampuk kuasa dalam Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Kanan Tentera Darat di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi.

Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim yang akan menjawat jawatan sebagai Panglima Angkatan Bersama telah menyerahkan jawatan sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat kepada Leftenan Jeneral Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad.

Selain itu, Markas Logistik Tentera Darat turut menerima Panglima Logistik yang baharu apabila Mejar Jeneral Ts. Dato’ Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah menyerahkan jawatan kepada Mejar Jeneral Dato’ Abd Hafiz bin Ahmad.

Turut diadakan serah terima tugas Asisten Ketua Staf (AKS) Sumber Manusia di antara Mejar Jeneral Dato’ Norsham bin Md Tap dengan Mejar Jeneral Dato’ Azudin bin Hassan, serah terima tugas AKS Logistik di antara Mejar Jeneral Dato’ Abd Hafiz bin Ahmad dan Brigedier Jeneral Logistik Muzafar Shah bin Mosam Shah, serah terima tugas Pengerus Kor Perkhidmatan Am (KPA) di antara Brigedier Jeneral Dato’ Zamzuri bin Harun dan Brigedier Jeneral Zulkifle bin Hashim dan akhir sekali serah terima tugas Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) di antara Brigedier Jeneral Logistik Muzafar Shah bin Mosam Shah dengan Brigedier Jeneral Azraf bin Omar. Kesemua serah terima tugas ini telah disaksikan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#DutyHonourSacrifice

#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

#ATMSentiasaBersepadu

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara