PROJEK JIWA MADANI PERKUKUH HUBUNGAN TENTERA DAN MASYARAKAT

 pjm melaka


Projek Jiwa MADANI (PJM) Kementerian Pertahanan Tahun 2026 yang berlangsung di Masjid An-Najwan, Cheng, Melaka telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin dan diiringi oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman.

Majlis ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara Angkatan Tentera Malaysia khususnya Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama masyarakat setempat. Projek Jiwa MADANI yang merangkumi kerja-kerja baik pulih dan senggaraan pagar tanah perkuburan Islam Masjid An-Najwan.

Inisiatif ini menjadi pemangkin kepada kerjasama erat antara TDM dan komuniti setempat dalam usaha membangunkan kemudahan awam serta menyemai semangat kebersamaan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#DutyHonourSacrifice

#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

#ATMSentiasaBersepadu

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara