
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin diiringi Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Azhan bin Hj Md Othman telah mengadakan lawatan kerja ke Kem Terendak hari ini sebagai sebahagian daripada siri lawatan ke kem-kem Angkatan Tentera Malaysia di seluruh Malaysia.
Lawatan bertumpukan khusus kepada aspek kebajikan warga Tentera Darat di Kem Terendak antaranya keselesaan kediaman, pendidikan anak-anak Warga TD serta penyelenggaraan infrastruktur di dalam kem. Lawatan merangkumi ke Markas 3 Divisyen, MRSM Terendak dan Army Officer Recreational Club (AORC) bagi menyampaikan sumbangan kebajikan serta melaksanakan tinjauan senggaraan dan pembaikan RKAT Jalan Kenanga. YB MENHAN turut meluangkan masa melihat projek tanaman cendawan oleh warga BAKAT 3 Divisyen bagi melihat secara langsung kemajuan projek.
YB MENHAN turut menyempurnakan Acara Pecah Tanah Pembinaan Hospital Tentera di Kem Terendak. Pendekatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam memastikan kebajikan anggota sentiasa terbela selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

