WIRA DAN SRIKANDI TERBAIK, LAMBANG KECEMERLANGAN ANGKATAN MASA HADAPAN

 PM 204


Seramai 1,732 Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 204/2025 dan Perajurit Muda Wanita Siri 50/2025 telah berjaya menamatkan latihan bertempat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada hari ini.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Azhan bin Haji Md Othman telah menyempurnakan penyampaian Anugerah Perajurit Muda Terbaik kepada Perajurit Muda Lelaki dan Wanita yang menunjukkan prestasi cemerlang merangkumi aspek ketenteraan, akademik, kawad dan kepimpinan.

Bagi kategori Perajurit Muda Lelaki Keseluruhan Terbaik disandang oleh Perajurit Muda Nor Amirul Afiq bin Nor Arifin dari Kompeni Bravo, manakala kategori Perajurit Muda Wanita Keseluruhan Terbaik disandang oleh Perajurit Muda Nur Shaazwani binti Sabri dari Kompeni Juliet. Selain itu, bagi kategori lain, Anugerah Kecergasan Jasmani Terbaik disandang oleh Perajurit Muda Mohammad Izwani bin Supian (Kompeni Bravo) bagi kategori lelaki dan Perajurit Muda Hellyrisah Riana Edzoth (Kompeni Juliet) bagi kategori wanita. Anugerah Akademik Terbaik dianugerahkan kepada Perajurit Muda Edwin Owen bin Jemil (Kompeni Delta) bagi lelaki dan Perajurit Muda Siti Khadijah binti Sungip (Kompeni Juliet) bagi wanita.

Sementara itu, Anugerah Kawad Terbaik telah dimenangi oleh Perajurit Muda Muhammad Asyraaf bin Hussin (Kompeni Alpha) bagi kategori lelaki dan Perajurit Muda Nabila Farhana binti Rosli (Kompeni Echo) bagi kategori wanita, manakala Anugerah Ketenteraan Terbaik disandang oleh Perajurit Muda Muhammad Ammar bin Abdullah (Kompeni Delta) bagi lelaki dan Perajurit Muda Rosahira binti Abdul Rahman (Kompeni Juliet) bagi wanita.

Tahniah kepada semua penerima anugerah semoga penganugerahan ini bukan sahaja menjadi simbol kejayaan peribadi, malah mencerminkan aspirasi Tentera Darat Malaysia dalam melahirkan anggota yang berdisiplin, berintegriti dan berjiwa patriotik sebagai benteng pertahanan negara pada masa hadapan.

#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia
#DutyHonourSacrifice
#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan
#ATMSentiasaBersepadu #KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama #AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara