PANGLIMA TENTERA DARAT TINJAU KESIAPSIAGAAN OPERASI SEMPADAN UTARA

 SEMPADAN OP 2 DIV

Kedaulatan tanah air tidak akan sesekali dikompromi. Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman telah melaksanakan tinjauan operasi di kawasan sempadan Malaysia–Thailand yang melibatkan Kawasan Tanggungjawab Formasi 2 Divisyen.

Kehadiran pucuk pimpinan tertinggi di barisan hadapan ini adalah untuk menilai sendiri tahap kesiapsiagaan operasi serta keupayaan pasukan dalam mendepani ancaman keselamatan yang bersifat dinamik.

Setiap inci sempadan negara adalah amanah yang digalas dengan penuh integriti. Tinjauan ini memastikan pelaksanaan tugas kawalan berada pada tahap tertinggi bagi menjamin keselamatan rakyat dan kedaulatan negara terus diperkukuh selaras dengan keperluan semasa.

Tentera Darat Malaysia kekal siaga dan komited sebagai benteng pertahanan negara yang ampuh.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#DutyHonourSacrifice

#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

#ATMSentiasaBersepadu

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara