PERBARISAN PENGHARGAAN LEFTENAN JENERAL DATUK JOHNNY LIM ENG SENG

PERBARISAN DATUK JOHNNY

Padang Kawad 1 RRD, Kem Wardieburn menjadi saksi Perbarisan Penghargaan Leftenan Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang lebih 41 tahun berkhidmat kepada negara.

Seramai 23 pegawai dan 256 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam perbarisan ini. Leftenan Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng memulakan kerjaya ketenteraan sebagai Ketua Platun di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) dan menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN).

Majlis ini turut disaksikan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#DutyHonourSacrifice

#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

#ATMSentiasaBersepadu

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara