
Kesiagaan Tentera Darat terus diperkasa melalui Eksesais Satria Gagah dan Satria Perkasa. Latihan ketenteraan ini memberi tumpuan terhadap peningkatan kesiapsiagaan tempur dan keupayaan formasi 11 Briged dalam menghadapi pelbagai senario operasi serta memastikan setiap anggota memahami peranan, tanggungjawab dan prosedur operasi sebenar bertempat di Kem Sungai Buloh pada 8 Januari 2026.
Eksesais ini menggunakan kaedah meja tempur (CPX) dan latihan medan (FTX) bagi menguji kecekapan perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan operasi secara bersepadu serta keupayaan anggota membuat keputusan di bawah tekanan serta pengurusan logistik yang berkesan di medan operasi.
Eksesais ini menjadi medium penting bagi memastikan setiap warga formasi 11 Briged sentiasa bersedia, berkeupayaan tinggi dan relevan dalam mendepani cabaran keselamatan demi mempertahankan kedaulatan negara.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman turut hadir melihat pelaksanaan Eksesais.
#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

