MERAIKAN KEPIMPINAN BAHARU: KAWALAN KEHORMATAN UTAMA DI WISMA PERTAHANAN

PTD 31 berita kedua

Panglima Tentera Darat Ke-31, Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman, secara rasmi memulakan tugas di Markas Tentera Darat, Wisma Pertahanan dengan menerima Kawalan Kehormatan Utama (KKU) sebagai simbol penghormatan tertinggi kepimpinan Tentera Darat Malaysia. Istiadat ini menzahirkan tradisi dan kesinambungan kepimpinan rejimental ketenteraan di Kementerian Pertahan, Kuala Lumpur pada 6 Januari 2026.

Ketibaan beliau disambut barisan kepimpinan Tentera Darat sebelum menerima tabik hormat daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang terdiri daripada 3 pegawai dan 103 anggota LLP, diketuai oleh Mejar Khairul Fakhzan bin Zainol Abidin. Istiadat turut diserikan alunan Pancaragam Pusat RAMD pimpinan Kapten (DOM) Muhamad Fauzee bin Japar, manakala Kawalan Kehormatan Kuarter (KKK) daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD).

Pelaksanaan acara istiadat ini mencerminkan disiplin, profesionalisme dan semangat setia kawan warga TD serta menandakan permulaan era kepimpinan baharu dalam memperkukuh keupayaan pertahanan daratan negara.

PTD ke-31 turut diperkenalkan kepada para Pegawai Kanan Tentera Darat dan seterusnya bergerak ke pejabat PTD di Wisma Pertahanan menandakan beliau telah mengambil alih dan memulakan tugas.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#DutyHonourSacrifice

#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

#ATMSentiasaBersepadu

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara