
Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Tahun Baru dan sempena pelantikan Panglima Tentera Darat Ke-31, sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT serta memohon keberkatan, petunjuk dan perlindungan-Nya dalam menggalas amanah memimpin organisasi ini.
Majlis ini menjadi platform menjalinkan silaturahim kepimpinan Tentera Darat dan pelbagai peringkat anggota agar keharmonian organisasi sentiasa dipelihara, diperkasakan dan diberkati oleh Allah SWT.
Selain itu, majlis turut menjadi ruang ibadah bersama yang menghimpunkan kepimpinan dan warga Tentera Darat. Melalui doa dan pengisian kerohanian yang diadakan, majlis ini mencerminkan kebergantungan warga kepada kekuatan spiritual sebagai asas perpaduan, jati diri serta semangat kebersamaan dalam melaksanakan amanah mempertahankan agama, bangsa dan negara.
#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

