MESYUARAT JAWATANKUASA PANGLIMA-PANGLIMA TENTERA DARAT (JKPPTD) SIRI 2/2025

MESY JK PANGLIMA

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Panglima - Panglima Tentera Darat (JKPPTD) Siri 2/2025 yang membincangkan perkara-perkara dasar berkaitan pemerintahan, organisasi, pentadbiran serta pembangunan Tentera Darat Malaysia, di samping pembentangan kertas kerja dan memorandum strategik. Turut di taklimatkan ialah status dan rancangan gerak tindak Angkatan Masa Hadapan (AMH) Tentera Darat bagi tahun 2026 oleh Tim AMH yang diterajui oleh Cawangan Pembangunan dan Perancangan (P&P) MK TD.

Pelaksanaan mesyuarat siri ini menekankan aspirasi Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30 yang memberi fokus kepada pengukuhan organisasi bagi memastikan Tentera Darat Malaysia kekal relevan, dinamik dan unggul dalam mendepani cabaran keselamatan semasa, selaras dengan visi Angkatan Masa Hadapan.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#DutyHonourSacrifice

#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

#ATMSentiasaBersepadu

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara