Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah mengadakan lawatan ke Projek Residensi Sateria SASaR Sungai Besi, sebuah inisiatif di bawah Kementerian Pertahanan (MINDEF) yang bertujuan memastikan setiap Anggota dan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memiliki kediaman sendiri di Lembah Klang. Projek ini seiring dengan objektif Pelan Strategik MINDEF 2021–2025 dalam memperkukuh kesejahteraan warga kerja pertahanan.
Lawatan ini turut memberi ruang kepada Panglima Tentera Darat meninjau kemajuan projek yang kini telah melalui pemeriksaan akhir oleh agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Dengan hampir 3,500 pembeli menanti penyerahan unit, projek ini dijangka memberi manfaat besar kepada warga ATM dalam usaha meningkatkan kualiti hidup dan kebajikan anggota pertahanan negara.
#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

