MENYEMAI UKHWAH, MENERUS BAKTI: PROGRAM ZIARAH DAKWAH DAN JIWA MURNI 2025 TERUS DIHAYATI

573629038 1293637202804744 996131546984020936 n

Program Ziarah Dakwah dan Jiwa Murni 2025 melabuhkan tirainya dengan penyempurnaan majlis penutup oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, bersama Pengerusi Jemaah Bakat Darat, Puan Sri Datin Sri Hajah Hartiah Binti Hamzah. Kehadiran mereka menyerikan majlis yang berlangsung di Masjid Al-Mukmin, Kampung Pahang, Tapah, Perak, sekaligus memperlihatkan keprihatinan kepimpinan tertinggi Tentera Darat terhadap kebajikan masyarakat dan warga tentera di peringkat akar umbi.

Program ini turut menyaksikan penyampaian pelbagai bentuk bantuan seperti Bakul Makanan, sumbangan tunai serta bantuan persekolahan yang melibatkan seramai 320 penerima terdiri daripada golongan asnaf, veteran dan anggota Tentera Darat. Sumbangan ini direalisasikan hasil kerjasama erat antara Tentera Darat Malaysia bersama rakan strategik korporat seperti Affin Islamic Bank Berhad, VFive Group, Boustead Plantation Berhad, JAWI FoodBank serta tiga buah masjid utama JAKIM, sebagai bukti sinergi WoGoS melibatkan pelbagai pihak tentera dan awam dalam menjayakan tanggungjawab sosial.

Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara Tentera Darat dengan masyarakat setempat, malah memperlihatkan semangat kesepaduan dan nilai kemanusiaan yang menjadi teras Angkatan Tentera Malaysia. Inisiatif sebegini membuktikan bahawa Tentera Darat bukan sekadar benteng pertahanan negara, tetapi juga pemangkin kepada kesejahteraan sosial dan keharmonian rakyat.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#DutyHonourSacrifice

#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

#ATMSentiasaBersepadu

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama