SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI KOR ARMOR DIRAJA (KAD): SIMBOL KEPIMPINAN BAHARU KAD

Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Kor Armor Diraja (KAD) telah berlangsung dengan penuh istiadat di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira Tentera Darat, disaksikan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Muhammad Hafizuddeain bin Jantan. Acara ini menyaksikan penyerahan tanggungjawab daripada Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan bin Atan kepada Mejar Jeneral Dato’ Indera Zahari bin Mohd Ariffin, sebagai simbol kesinambungan kepimpinan dan amanah dalam menerajui KAD, salah satu kor tempur utama yang menjadi tunjang kekuatan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Majlis ini mencerminkan semangat profesionalisme dan disiplin tinggi dalam pengurusan kepimpinan di semua peringkat TDM. Serah terima ini bukan sekadar pertukaran tanggungjawab, tetapi juga manifestasi kepercayaan dan kesinambungan strategi bagi memastikan Kor Armor Diraja terus unggul sebagai benteng utama negara, seiring dengan visi dan hala tuju transformasi Tentera Darat Malaysia ke arah Angkatan Darat yang moden, tangkas dan berwibawa.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#DutyHonourSacrifice

#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

#ATMSentiasaBersepadu

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara