Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Muhammad Hafizuddeain bin Jantan hadir menyaksikan Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Sesi Kedua Tahun 2025 yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia. Istiadat berprestij ini menghimpunkan 526 penerima melibatkan penganugerahan Darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT), Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), Kesatria Angkatan Tentera (KAT) dan Bentara Angkatan Tentera (BAT) sebagai tanda pengiktirafan terhadap jasa serta pengorbanan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mempertahankan kedaulatan negara. Majlis berlangsung di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM pada 30 Oktober 2025.
Majlis ini menjadi simbol pengiktirafan kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang telah menunjukkan dedikasi yang tinggi terhadap amanah dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Penganugerahan ini turut menjadi platform memperkukuh esprit de corps dalam kalangan warga ATM serta mengiktiraf pengorbanan yang dicurahkan oleh setiap anggota termasuk warga TDM dalam mendukung aspirasi Angkatan Masa Hadapan Benteng Pertahanan Negara.
#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

