
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan delegasi, telah menghadiri 7th China Helicopter Exposition 2025 yang berlangsung di Tianjin, China mulai 16 hingga 22 Okt 25.
Program sebegini merupakan platform terbaik kepada Tentera Darat bagi melihat perkembangan teknologi terkini helicopter terutamanya yang digunakan oleh negara China. Tentera Darat Malaysia sentiasa komited menyokong aspirasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk memperkukuh keupayaan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) selaras dengan perancangan jangka panjang Angkatan Masa Hadapan. Peningkatan keupayaan aset udara bukan sahaja memperkukuh daya mobiliti dan kecekapan operasi, malah menjadi pemangkin kepada usaha membangunkan kekuatan udara yang mampu beroperasi dalam pelbagai dimensi peperangan moden.
Selain daripada program rasmi yang telah diaturkan, delegasi juga turut berkesempatan melawat CATIC HEADQUARTERS yang merupakan peneraju industri Helicopter di China. Delegasi juga turut melawat AVIC Changhe Helicopter Corporation serta AVIC China Helicopter R&D Institution di Jingdezhen.
#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

