LAWATAN PANGLIMA TENTERA DARAT BERSAMA YB MENTERI PERTAHANAN CERMINAN KEPRIHATINAN TERHADAP WARGA

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan mengiringi Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Mohamed Khaled Nordin dalam siri lawatan kerja selama dua hari ke beberapa daerah di Sabah. Lawatan ini dimulakan dengan kunjungan ke 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) bagi meninjau kesiapsiagaan warga pasukan serta pelaksanaan pelbagai inisiatif kebajikan dan pembangunan anggota di Kem Sri Kinabatangan, Sandakan pada 5 Oktober 2025.

Dalam lawatan berkenaan, Panglima Tentera Darat turut menzahirkan penghargaan kepada warga 22 RAMD atas dedikasi dan semangat juang tinggi mereka dalam melaksanakan amanah pertahanan negara. Antara inisiatif yang ditinjau ialah Projek Keusahawanan Madu Kelulut di bawah Program Ekonomi MADANI ATM yang dijayakan melalui kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta Boustead Plantations Berhad (BPlant).

PTD turut menegaskan bahawa pelaksanaan program sebegini bukan sahaja memperkukuh keupayaan ekonomi warga Tentera Darat, malah menjadi landasan bagi memperkasa kemahiran dan kesejahteraan keluarga anggota. Turut diadakan penyampaian Sumbangan Kebajikan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) kepada anggota dan ahli keluarga yang menghidap penyakit kronik serta kurang upaya sebagai bukti keprihatinan dan kebersamaan Tentera Darat Malaysia terhadap warganya.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#DutyHonourSacrifice

#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

#ATMSentiasaBersepadu

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara