UJIAN KESIAGAAN DAN KEUPAYAAN: TENTERA DARAT MALAYSIA LAKSANA PELAN RANCANGAN KONTIGENSI (RANKON)

Tentera Darat Malaysia (TDM) hari ini telah melaksanakan Pelan Rancangan Kontigensi (RANKON) bagi menguji dan menilai tahap kesiagaan serta keupayaan formasi dan pasukan dalam menghadapi sebarang kemungkinan ancaman terhadap kedaulatan negara.

Pelaksanaan eksesais ini melibatkan penglibatan pengumpulan keanggotaan TDM, yang digerakkan bagi mensimulasikan senario realistik yang memerlukan tindak balas pantas, mobiliti tinggi, dan koordinasi jitu antara pasukan. Menerusi latihan ini, keupayaan TDM dalam aspek perancangan operasi, atur gerak pasukan, logistik, dan komunikasi diuji pada tahap tertinggi.

Pelaksanaan RANKON secara berkala adalah bukti komitmen TDM untuk sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan optimum. Kesiagaan yang tinggi adalah tunjang kepada kedaulatan negara. Tentera Darat Malaysia akan terus memperkasa keupayaannya demi ibu pertiwi.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#DutyHonourSacrifice

#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

#ATMSentiasaBersepadu

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara