
Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Operasi Tentera Darat (JKTD Op) Siri 1/2025 yang berlangsung di Markas 5 Divisyen, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah pada 3 September 2025. Mesyuarat ini menjadi platform utama bagi memperkukuhkan hala tuju operasi Tentera Darat Malaysia (TDM) selaras dengan objektif utama iaitu mempertahankan kedaulatan negara, mengekalkan kesiapsiagaan pertahanan serta menyokong strategi keselamatan nasional.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada penyelarasan strategi, peningkatan keberkesanan operasi dan memperkukuh kerjasama antara formasi. Ini selaras dengan usaha TDM untuk melaksanakan operasi ketenteraan secara bersepadu, menyediakan bantuan kemanusiaan, mempertingkat profesionalisme anggota serta mengukuhkan hubungan dengan masyarakat dan negara sahabat.
#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

