KASIH BERTAUT DI PINTU HIDAYAH: BAKAT DARAT 2025 DISEMARAKKAN DENGAN SESI SENTUHAN HATI

SAUDARA BARU

Majlis Perasmian Program Kasih Bertaut di Pintu Hidayah BAKAT Darat 2025 telah disempurnakan oleh Datin Haslinda binti Mohd Ali, Timbalan Pengerusi Jemaah BAKAT Darat. Program yang dianjurkan selama 3 hari 2 malam bermula 2 September sehingga 4 September ini bertempat di Hotel RAIA, Kota Kinabalu, Sabah, dan menghimpunkan hampir seramai 160 orang peserta termasuk saudara baru dari pelbagai formasi di Sabah dan Sarawak yang hadir bagi mengimarahkan majlis penuh bermakna ini.

Majlis diteruskan dengan Sepetang Bersama Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, dan Pengerusi Jemaah BAKAT Darat, Puan Sri Datin Sri Hajah Hartiah binti Hamzah, yang diserikan dengan jamuan makan bersama para peserta. Seramai 50 pasangan diraikan dalam sesi ini, diiringi dengan pengagihan sebanyak 50 unit al-Quran digital sebagai simbol kasih sayang dan sokongan terhadap perjalanan rohani peserta.

Mengakhiri pengisian, berlangsung Sesi Sentuhan Hati yang disampaikan oleh Ustazah Nazirah Abu Bakar, Pendakwah Bebas, dengan tajuk Syahadataini dan Mengapa Saya Memilih Islam. Syarahan ini bukan sekadar pengisian ilmu, malah menjadi detik yang menggetarkan jiwa, menitiskan air mata dan menyentuh hati setiap yang hadir. Ia membuka ruang kesedaran bahawa Islam adalah agama rahmat, jalan menuju ketenangan, dan pintu hidayah yang sentiasa terbuka buat sesiapa sahaja yang ikhlas mencari cahaya kebenaran.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#DutyHonourSacrifice

#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

#ATMSentiasaBersepadu

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara

#BAKATDarat