MESYUARAT JAWATANKUASA PANGLIMA TENTERA DARAT (JKPTD) SIRI 1/2025

MESY JKPTD

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Panglima Tentera Darat (JKPTD) Siri 1/2025 yang membincangkan perkara dasar berkaitan pemerintahan, organisasi, pentadbiran serta pembangunan Tentera Darat Malaysia, di samping pembentangan kertas kerja dan memorandum strategik. Mesyuarat ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Tembadau, Markas 5 Divisyen, Kem Lok Kawi, Sabah pada 2 September 2025.

Pelaksanaan siri kali ini menekankan aspirasi Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30 yang memberi penekanan kepada pengukuhan organisasi dan pemantapan tadbir urus, agar Tentera Darat kekal relevan, dinamik dan unggul dalam mendepani cabaran semasa serta mendukung visi angkatan masa hadapan.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#DutyHonourSacrifice

#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

#ATMSentiasaBersepadu

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara