
Raptai penuh Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2025 berlangsung dengan penuh meriah melibatkan penglibatan pelbagai agensi keselamatan dan pasukan beruniform. Orang awam daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat turut hadir memberikan sokongan, sekali gus menambahkan lagi semarak suasana patriotisme. Raptai ini diadakan di Dataran Pahlawan Putrajaya pada 29 Ogos 2025.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan turut hadir menyaksikan persiapan raptai berkenaan bagi memastikan perlaksanaan perarakan yang dikoordinasi oleh Tentera Darat berjalan lancar. Kehadiran beliau bukan sahaja memberi semangat kepada warga Tentera Darat yang terlibat, malah mencerminkan keterbukaan kepimpinan untuk bersama-sama rakyat dalam menghayati erti kemerdekaan.
Seluruh rakyat Malaysia dijemput hadir memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang bakal diadakan di Dataran Pahlawan Putrajaya pada 31 Ogos 2025. Sama-sama kita semarakkan perpaduan dan cintakan tanah air di bawah panji Jalur Gemilang sebagai tanda kesyukuran atas nikmat kemerdekaan.
#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

