KOMBO RAMD BERJAYA MEWAKILI TENTERA DARAT DALAM BATTLE OF THE BANDS ATM 2025

BATTLE OF THE BAND ATM 2025

Kombo RAMD telah dinobatkan sebagai juara Saringan Akhir Battle of the Bands peringkat Tentera Darat dan telah berjaya mewakili Battle of The Bands Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan berlangsung di Kuantan pada 20 September nanti.

Pertandingan ini menjadi wadah kepada warga Tentera Darat untuk menyerlahkan bakat serta potensi dalam bidang seni muzik, sekali gus membuktikan bahawa warga tentera bukan sahaja cemerlang dalam aspek ketenteraan, tetapi juga memiliki kehebatan dalam dunia seni hiburan.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan turut meluangkan masa hadir menyaksikan persembahan yang cukup bertenaga daripada para peserta.

Daripada keseluruhan 19 kumpulan yang bertanding, hanya empat kumpulan terbaik berjaya mara ke pusingan akhir setelah melalui saringan yang sengit sebelum ini, iaitu:

1. Kombo RAMD (wakil Rejimen Askar Melayu Diraja)

2. De' Armor (wakil Kor Armor Diraja)

3. Eastern Venom (wakil 1 Div)

4. D Thunder (wakil 2 Div)

Sorakan gemuruh penonton mengiringi setiap persembahan, menggambarkan semangat esprit de corps dan ukhuwah yang terjalin dalam kalangan warga Tentera Darat.

Kemenangan Kombo RAMD sekali gus mengangkat martabat Rejimen Askar Melayu Diraja sebagai kumpulan terbaik dalam pertandingan edisi 2025 ini.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#DutyHonourSacrifice

#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

#ATMSentiasaBersepadu

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara