
Majlis Makan Malam Rejimental Sempena Sambutan Hari Tentera Darat Ke-92 diadakan meriah dengan dihadiri Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Darat, bersama isteri, Puan Sri Datin Sri Hjh Hartiah binti Hamzah serta barisan kepimpinan tertinggi Tentera Darat yang berlangsung penuh istiadat di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi pada hari ini.
Majlis gilang-gemilang ini turut dihadiri oleh mantan-mantan Panglima Tentera Darat, termasuk Jeneral Tun (Dr) Mohd Hashim bin Mohd Ali, Panglima Tentera Darat ke-10 dengan Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, iaitu Panji-Panji Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diarak masuk ke dalam dewan.
Majlis ini diadakan bagi memperkukuh ikatan ukhuwah antara kepimpinan tertinggi, warga Tentera Darat serta mantan-mantan Panglima, di samping menzahirkan penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan mereka dalam membina legasi kegemilangan Tentera Darat Malaysia.
Dalam ucapan Panglima Tentera Darat, beliau menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Tentera Darat atas komitmen, pengorbanan dan kesetiaan mereka dalam menjaga kedaulatan negara. Beliau juga menekankan kepentingan kesinambungan kepimpinan serta semangat juang yang diwarisi daripada generasi terdahulu.
Hadir bersama menyempurnakan majlis ialah Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Ahmad bin Abu Bakar, Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Razali bin Alias, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Panglima-panglima formasi, Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai Tentera Darat.
#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

