PANGLIMA TENTERA DARAT MENGHADIRI INTERNATIONAL DEFENCE INDUSTRY FAIR 2025 DI ISTANBUL, TURKIYE

PTDKETURKI

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, bersama Delegasi TD telah menghadiri International Defence Industry Fair (IDEF) 2025 bermula 19 hingga 25 Jul 25 bertempat di Istanbul Expo Center, Turkiye.

Pameran edisi ke-17 ini anjuran Kementerian Pertahanan Turkiye dan merupakan platform strategik bertaraf dunia bagi pengeluar serta pengguna industri pertahanan. Pameran ini menampilkan lebih 820 syarikat dari pelbagai negara. Ianya menggabungkan domain pertahanan darat, udara, laut, ruang, siber serta sistem tanpa pemandu dan C4ISR, menjadikannya salah satu pameran pertahanan paling komprehensif di dunia.

Sehubungan itu, kehadiran PTD bersama delegasi ke pameran IDEF 2025 ini memberi peluang untuk melihat sendiri secara lebih dekat perkembangan teknologi pertahanan antarabangsa yang mampu untuk menambahbaik lagi peralatan dan sistem pertahanan TD. Delegasi TD juga dapat menilai dan mengkaji keupayaan Original Equipment Manufacturer (OEM) dalam membantu meningkatkan mutu kualiti perkhidmatan industri pertahanan. Selain itu, kehadiran PTD bersama delegasi dilihat penting bagi memastikan hubungan pertahanan di antara Tentera Darat Malaysia dan Tentera Darat Turkiye dapat diperkasakan sekaligus mengukuhkan lagi hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#DutyHonourSacrifice

#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

#ATMSentiasaBersepadu

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara