PERASMIAN PENUTUP LATIHAN SATU PERKHIDMATAN TENTERA DARAT MALBATT 850-13

MALBAT850 18

Perasmian Penutup Latihan Satu Perkhidmatan TD MALBATT 850-13 telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Cawangan Operasi dan Latihan Markas Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Rashidin Hashimi bin Ab Rashid bertempat di MALBATT Village, Port Dickson pada 25 Julai 2025.

Perbarisan terdiri daripada 68 Pegawai dan 628 Anggota LLP MALBATT 850-13 yang diketuai oleh Timbalan Komander MALBATT, Lt Kol Zain Azrai bin Hj Karia.

Dalam ucapan Asisten Ketua Staf Cawangan Operasi dan Latihan Markas Tentera Darat, beliau telah nyatakan tujuan utama latihan ini adalah untuk meningkatkan tahap kesiagaan, fizikal dan mental serta meningkatkan pengetahuan dan kecekapan anggota. Disamping itu latihan ini juga sebagai persiapan sebelum meneruskan _Force Integration Training_ bersama perkhidmatan lain. Beliau berharap agar semangat kerjasama dan kekitaan tidak mengira kor, agama dan bangsa yang telah dipupuk sepanjang latihan satu perkhidmatan yang telah dilaksanakan bermula 23 Jun 2025 hingga 25 Julai 2025 diteruskan hingga pengoperasian misi pengaman di Lubnan selesai.

Selesai perbarisan, acara disusuli dengan majlis jamuan makan bersama para pegawai MALBATT 850-13.

Acara telah diakhiri dengan sesi perjumpaan warga MALBATT 850-13 bersama Komander MALBATT 850-13, Kol Hj Mohd Rizwan bin Abdullah.

Turut hadir dalam perbarisan adalah Pengarah Operasi Cawangan Operasi dan Latihan Markas Tentera Darat, Kol Abd Razak bin Haron, Pegawai Staf 1 Gerak MALBATT 850-13, Lt Kol Mohd Farid bin Ahmad dan Pegawai Staf 1 Logistik MALBATT 850-13, Lt Kol Mohd Suhaimi bin Abdul Samat.

#M13DutyHonourSacrifice

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#DutyHonourSacrifice

#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

#ATMSentiasaBersepadu

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara