
๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฐ๐๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ก ๐๐ข๐ซ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ - ๐๐ข๐ฆ๐๐จ๐ฅ ๐๐๐ซ๐ฉ๐๐๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ค๐ฒ๐๐ญ
Sambutan Gawai Jelajah Wira MADANI 2025 yang berlangsung di Dewan Bukavu, Kem Penrissen, Kuching hari ini diraikan dalam suasana harmoni, menghimpunkan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama komuniti setempat dalam semangat kekeluargaan.
Sambutan anjuran Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan tajaan penuh Kerajaan MADANI dan Kerajaan Negeri Sarawak ini bukan sekadar meraikan tradisi dan budaya masyarakat Dayak, malah turut memperkukuh perpaduan, menyemai semangat muhibah, memupuk rasa hormat-menghormati serta menzahirkan keprihatinan terhadap masyarakat setempat.
Sambutan ini juga menjadi wadah penghargaan kepada warga pertahanan atas komitmen dan pengorbanan demi menjaga kesejahteraan rakyat, selain menyemarakkan semangat kekeluargaan di bumi Kenyalang, seiring dengan slogan โMadani di hati, rakyat disantuni.โ
Sambutan ini turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dan tarian tradisional yang memperlihatkan kekayaan warisan budaya sebagai khazanah bangsa yang perlu terus dipelihara.
Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada golongan memerlukan, turut diadakan penyampaian sumbangan kebajikan kepada beberapa keluarga dari kalangan warga tentera dan masyarakat setempat. Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban mereka, tetapi juga memperkukuhkan semangat solidariti dan kebersamaan yang menjadi tunjang kekuatan negara.
Sambutan Gawai Jelajah Wira Madani 2025 membuktikan bahawa walaupun berlainan latar belakang dan budaya, semangat perpaduan dan nilai kemanusiaan tetap menjadi asas keharmonian masyarakat.
#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

