TENTERA DARAT RAIKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PEGAWAI MELALUI ANUGERAH PENGAJIAN TINGGI

ANUGERAHAKADEMIK2025

Serentak dengan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan, Tentera Darat Malaysia turut meraikan kejayaan akademik pegawainya melalui Penyampaian Sijil Anugerah Kecemerlangan Pengajian Tinggi Tentera Darat Tahun 2025. Majlis berprestij ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Tentera Darat dalam memperkasakan keupayaan intelektual warganya selari dengan aspirasi membentuk Angkatan Masa Hadapan yang profesional, kredibel dan berpengetahuan tinggi.

Seramai 32 pegawai Tentera Darat telah berjaya menamatkan pengajian di pelbagai peringkat, daripada Sarjana Muda sehinggalah ke peringkat Doktor Falsafah. Sama ada di institusi dalam mahupun luar negara. Mereka bukan sahaja memperoleh keputusan akademik yang membanggakan, malah turut menerima pelbagai anugerah seperti Best Student Award, Vice-Chancellor’s List, Dean’s Award, dan pengiktirafan penyelidikan cemerlang daripada institusi masing-masing. Antara institusi yang terlibat termasuklah Universiti Malaya, UPM, UiTM, UTM, UKM, UNIRAZAK, dan juga Royal Melbourne Institute of Technology, Australia.

Penganugerahan ini bukan sahaja menghargai komitmen luar biasa para pegawai dalam menimba ilmu, malah menjadi inspirasi buat seluruh warga Tentera Darat untuk terus mengejar kecemerlangan dalam bidang akademik dan profesional. Tentera Darat percaya bahawa pelaburan dalam pembangunan modal insan adalah kunci utama dalam memastikan kesinambungan kepimpinan dan kecemerlangan organisasi di masa hadapan.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#AngkatanMasaHadapan

#DutyHonourSacrifice