DUA DEKAD PESAWAT AGUSTA A109 LOH KEKAL GAGAH DI ANGKASA

AGUSTA2025

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan berkesempatan untuk sâma-sama meraikan Sambutan 20 Tahun Pengoperasian Pesawat Agusta A109 LOH oleh Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) hari ini.

Selama lebih dua dekad pesawat Agusta A109 LOH telah menjadi tulang belakang kepada keupayaan PUTD khususnya dalam peranan pengawasan dan peninjauan udara.Diperkenalkan ke dalam perkhidmatan pada tahun 2005, pesawat Agusta A109 LOH menjadi lambang ketangkasan dan kecekapan operasi udara ringan.

Tidak dinafikan, kejayaan A109 LOH dalam mengharungi cabaran operasi selama 20 tahun adalah hasil dedikasi warga PUTD yang mengendalikannya bermula dari juruterbang, elemen kejuruteraan sehinggalah ke elemen logistik. Mereka inilah yang memastikan pesawat ini terus terbang gagah di angkasa sehingga hari ini.

Turut hadir dalam sambutan ini adalah Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan (AKS P&P), Mejar Jeneral Dato’ Ahmad bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Penilaian Tentera Darat (KP BPPTD), Brigedier Jeneral Dato’ Haji Sharizan bin Haji Wan Chik, Ketua Pengarah PUTD, Brigedier Jeneral Mohd Zaki bin Abu dan delegasi dari PUTD.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#HTD92

#AngkatanMasaHadapan

#DutyHonourSacrifice

#LIMA2025