
๐๐๐ซ๐๐๐ซ๐ข๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ญ๐ข๐ก๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ฃ๐ฎ๐ซ๐ข๐ญ ๐๐ฎ๐๐ ๐๐ข๐ซ๐ข ๐๐๐/๐๐๐๐: ๐๐ข๐ฆ๐๐จ๐ฅ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐จ๐ซ๐๐๐ง๐๐ง
Seramai 1,319 Perajurit Muda lelaki daripada 10 detasmen berjaya menamatkan latihan asas ketenteraan dalam satu majlis penuh istiadat. Majlis ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datoโ Seri Mohammad Hafizuddeain bin Jantan bersama isteri Puan Sri Toโ Puan Seri Hartiah binti Hamzah, serta turut dihadiri oleh barisan dif kehormat serta ahli keluarga para perajurit muda.
Majlis berlangsung di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson pada 18 Mei 2025.Perbarisan berkonsepkan perbarisan tempur ini dimeriahkan dengan gimik daripada pasukan khas GGK, letupan simbolik serta persembahan pancaragam gabungan Tentera Darat. Ketibaan Panglima Tentera Darat disambut dengan penuh istiadat ketenteraan, diikuti masuk padang bergaya oleh pasukan Human Wave yang menunjukkan semangat dan disiplin tinggi para perajurit muda.Majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada perajurit muda cemerlang, antaranya Perajurit Muda Khairul Hadif bin Asmanorizam dari Kompeni Delta selaku penerima Anugerah Keseluruhan Terbaik, Perajurit Muda Muhammad Hariss Iman bin Rozaidi dari Kompeni Alpha (Anugerah Ketenteraan Terbaik), Perajurit Muda Ahmad Aqwam bin Mohamad Azhan dari Kompeni Charlie (Anugerah Kawad Terbaik), Perajurit Muda Mohamad Aamir Nafizh bin Yakub dari Kompeni Delta (Anugerah Akademik Terbaik), dan Perajurit Muda Muhammad Afiq Aiman bin Rosli dari Kompeni Delta (Anugerah Kecergasan Jasmani Terbaik). Kompeni Alpha pula dinobatkan sebagai Kompeni Keseluruhan Terbaik.
Pengiktirafan khas turut diberikan kepada dua anggota kanan Tentera Darat iaitu Staf Sarjan Severinus Sapitin dan Pegawai Waran II Muhammad Nizam bin Samsul Anuar atas keberanian luar biasa mereka menyelamatkan nyawa orang awam, masing-masing menerima kenaikan pangkat dan Anugerah Pisau Tentera Darat. Majlis diakhiri dengan Ikrar Kesatria dan laungan Gempur Wira sebagai simbol semangat juang yang tidak berbelah bahagi. Perbarisan ini bukan sekadar penutup latihan, malah menjadi titik mula kerjaya ketenteraan para perajurit muda dalam membentuk Angkatan Masa Hadapan negara.#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia
#HTD92
#AngkatanMasaHadapan
#DutyHonourSacrifice
#TLPM202

