LAWATAN PANGLIMA TENTERA DARAT MENYANTUNI MANGSA BANJIR DI JOHOR
Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, telah menyantuni mangsa-mangsa banjir yang terkesan di Negeri Johor. Lawatan ini dimulakan dengan taklimat mengenai situasi semasa yang berlaku di sekitar Johor.
Melalui lawatan ini, PTD mengambil peluang untuk menyantuni mangsa yang telah selamat ditempatkan di Pusat Pemindahan sementara dan memberikan sedikit bantuan bagi meringankan beban mereka. Sumbangan ini turut disampaikan kepada petugas-petugas yang telah sama-sama membantu mangsa banjir di kawasan sekitar Johor.
Dengan lawatan ini, PTD menunjukkan komitmen Tentera Darat dalam membantu masyarakat yang terjejas dan mengukuhkan semangat kerjasama antara pihak berkuasa, sukarelawan, serta orang ramai dalam menghadapi bencana. Diharapkan bantuan yang diberikan dapat meringankan kesusahan yang dihadapi oleh mangsa banjir dan memberi harapan baru kepada mereka untuk bangkit semula.
#TenteraDaratMalaysia#GagahSetia#HTD92#AngkatanMasaHadapan#DutyHonourSacrifices