MAJLIS IFTAR TENTERA DARAT 2025 : PENGHARGAAN KEPADA WARGA TENTERA DARAT DAN GOLONGAN ASNAF
Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan isteri Puan Sri Datin Wira Hartiah binti Hamzah telah menghadiri Majlis Iftar Peringkat TD Tahun 2025 bersamaa 1446H bertempat di Kem Segenting, Port Dickson, Negeri Sembilan pada hari ini.
Dalam majlis yang sama, PTD turut menyampaikan sumbangan Ihya Ramadan yang disumbangkan oleh AFFIN Bank, Geran Kerohanian yang disumbangkan oleh Tabung Zakat ATM, serta sumbangan daripada Koperasi Tentera kepada Formasi Tentera Darat.
Selain itu, PTD turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 15 warga Tentera Darat yang menghidap penyakit kronik, 28 golongan asnaf, 10 saudara baharu, serta tujuh sumbangan kepada ahli BAKAT.
Majlis tersebut menunjukkan komitmen Tentera Darat Malaysia dalam meneruskan usaha murni untuk membantu mereka yang memerlukan, terutama pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.