MAJLIS AIDILFITRI KUKUHKAN SILATURAHIM PEMIMPIN DAN WARGA 13 BRIGED

PTD13BRIGEDRAYA2025

Majlis Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara sambutan tetapi ianya menjadi platform bagi memperkukuhkan hubungan pemimpin dan warga Tentera Darat.

Mengambil kesempatan ini, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan bersama kepimpinan Tertinggi Tentera Darat hadir memeriahkan sambutan Aidilfitri bersama warga 13 Briged bertempat di Masjid Nurul Sa’adah, Kem Kubota, Tawau.

Majlis ini menjadi wadah untuk pemimpin TD mendekati warganya serta menghargai anggota yang tetap berkhidmat demi menjaga keselamatan negara meskipun di musim perayaan. Sebagai tanda prihatin, PTD turut menyerahkan sumbangan Hari Raya kepada anggota dan anak-anak warga 13 Briged — bukti kepekaan pimpinan terhadap kebajikan anggota dan keluarga mereka yang berjauhan dari kampung halaman.

Keperihatinan pemimpin turut menyuntik semangat dan motivasi dalam kalangan anggota untuk terus berbakti dengan penuh dedikasi sesuai dengan cogan kata TDM "Gagah Setia".

#TenteraDaratMalaysia#GagahSetia#HTD92#AngkatanMasaHadapan#DutyHonourSacrifices