MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI PERTAHANAN BERSAMA WARGA KEM PARADISE
Seramai 500 warga Kem Paradise, Kota Belud, Sabah meraikan kehadiran Menteri Pertahanan (MENHAN), YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin yang diiringi Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dalam Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan Bersama Warga Kem Paradise di Kota Belud, Sabah pada 16 Mac yang lalu.
Kehadiran YB MENHAN dan PTD bukan sekadar meninjau keadaan serta kebajikan warga tentera di Kota Belud, tetapi juga untuk mengeratkan hubungan dan memperkukuh kerjasama antara kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dengan anggota tentera di mana sahaja mereka bertugas.
Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap komuniti pertahanan, sumbangan kebajikan RM500 seorang diberikan kepada 20 warga tentera yang menghidap penyakit kronik. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan mereka, khususnya bagi rawatan perubatan dan keperluan harian. Ia juga mencerminkan komitmen kepimpinan dalam menjaga kebajikan anggota serta menghargai pengorbanan mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara.