
Markas Tentera Darat (MK TD), Cawangan Sumber Manusia (CSM) telah menganjurkan 𝘊𝘰𝘯𝘵𝘪𝘯𝘶𝘰𝘶𝘴 𝘗𝘳𝘰𝘧𝘦𝘴𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘋𝘦𝘷𝘦𝘭𝘰𝘱𝘮𝘦𝘯𝘵 (CPD) 𝘛𝘢𝘭𝘬𝘴 Siri 2/2025 bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur pada hari ini.
Seramai 304 peserta terdiri daripada 91 Peg, 186 LLP dan 27 kakitangan awam telah hadir secara fizikal, manakala 120 orang telah menonton secara maya melalui FB Live.
Ceramah ini mengupas isu Dasar Luar Presiden Donald Trump & Ancaman Perang Dunia Ke-3: Impak ke atas Malaysia, yang disampaikan oleh Professor Dr. Mohd Mizan bin Mohammad Aslam, Profesor di Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Sesi ini membincangkan kesan dasar luar Trump terhadap kestabilan dunia serta implikasinya terhadap ekonomi, keselamatan, dan hubungan diplomatik Malaysia.
Penganjuran CPD Talks Siri 2/2025 selari dengan usaha MK TD - CSM dalam memastikan anggota sentiasa peka terhadap perkembangan global yang berpotensi mempengaruhi keselamatan dan pertahanan negara.
Perkongsian initipati tajuk oleh penceramah jemputan ini diharapkan dapat meningkatkan pemahaman peserta mengenai cabaran global yang boleh mempengaruhi dasar pertahanan Malaysia dan berupaya menganalisis ancaman keselamatan akibat perubahan dasar luar kuasa besar dunia. Selain daripada itu, sesi sebegini juga berupaya mengadaptasi pemikiran strategik dalam kalangan anggota ATM untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Secara tidak langsung, dengan pengetahuan tersebut ianya juga akan memperkasakan kesiapsiagaan pertahanan negara dalam menghadapi ancaman global.
Turut hadir Ketua Pengarah Dasar dan Pembangunan MK TD - CSM, Brigedier Jeneral Abdul Karim bin Ahmad, Ketua Pengarah Pembangunan, MK TD - Cwg P&P, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Saifulisham bin Hj Baharun, Ketua Pengurusan BPK, MK ATM, Brigedier Jeneral Dato Dr. A Halim bin Hj Basari, Juru Arah Kanan, Maktab Ketahanan Nasional, Brigedier Jeneral Yazid bin Yusuf,
AKS Perisikan Laut, Laksma Dato' Roslee bin Mohamad Isa dan Ketua Pengarah DGTA, Brigedier Jeneral Ruszali bin Zakaria TUDM.

