SEMANGAT RAMADAN: MAJLIS BERBUKA PUASA MENHAN BERSAMA WARGA TDM

BUKAPUASAMENHAN2025 2

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan warga Tentera Darat Malaysia telah meraikan kehadiran Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin dalam Majlis Berbuka Puasa di Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur, pada hari ini. Majlis turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar.

Majlis dimulakan dengan pemberian sumbangan simpanan pendidikan Madani kepada anak-anak warga Tentera Darat Malaysia (TDM) oleh Ketua Eksekutif Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Encik Mohammad Ashraf bin Md Radzi. Seterusnya, penyampaian peruntukan senggaraan rumah keluarga Angkatan Tentera dan blok penginapan Tahun 2025 kepada Panglima Tentera Darat, diikuti penyampaian peruntukan senggaraan rumah keluarga Angkatan Tentera dan blok penginapan 4 Divisyen Tahun 2025 kepada Panglima 4 Div.

Menteri Pertahanan juga turut menyampaikan sumbangan kepada anggota dan waris keluarga yang menghidap penyakit kronik. Seramai 25 penerima sumbangan saudara baru terdiri daripada warga Tentera Darat Malaysia sebagai tanda keprihatinan serta bagi meringankan beban mereka sepanjang menjalani ibadah puasa dan persiapan menyambut bulan Syawal yang bakal tiba.

Selepas menunaikan solat sunat tarawih, Panglima Tentera Darat turut menyampaikan sumbangan kepada berberapa saudara baru warga Tentera Darat Malaysia.

Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban mereka dan mempereratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga Tentera Darat Malaysia.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#HTD92

#AngkatanMasaHadapan