
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan isteri, Puan Sri Datin Wira Hartiah binti Hamzah, Pengerusi Jemaah BAKAT Darat telah hadir ke program bual bicara istimewa sepanjang Ramadan, Sembang Sahur terbitan TV3 yang bersiaran langsung dari Dewan Cempaka, Wisma Transit Kuala Lumpur pada 6 Mac 2025.
Sebagai pembukaan bagi Ramadan kali ini, Sembang Sahur TV3 menampilkan pengacara terkenal antaranya Fadzly Fuad, Muaz Mohamed, Dayah Bakar dan Amira Othman serta Pengerusi Musolla Ar Raudhah, Ustaz Azli.
Bersempena dengan sambutan Hari Tentera Darat Ke-92, Panglima Tentera Darat turut menjadi tetamu jemputan berkongsi intipati tema serta halatuju Tentera Darat terutama dalam aspek sinergi Tentera Darat dan rakyat.
Selain menjadi platform untuk mempereratkan silaturahim, program yang dianjurkan dengan kerjasama Koperasi Tentera ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan kerohanian para penonton lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat tentera.
Semoga program seperti ini terus memberi impak positif untuk meningkatkan kesedaran agama serta membina hubungan yang lebih erat di kalangan kita semua.
#TenteraDaratMalaysia#GagahSetia#HTD92#AngkatanMasaHadapan#SembangSahur

