KUNJUNGAN HORMAT PTD KE ATAS PAT KE-23

 
Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah mengadakan Kunjungan Hormat keatas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar pada hari ini.
 
Ini merupakan kunjungan rasmi pertama Panglima Tentera Darat ke atas Panglima Angkatan Tentera yang Ke-23.
 
Seluruh warga Tentera Darat Malaysia merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini dan semoga Yang Berbahagia Datuk terus cemerlang dalam menerajui pucuk pimpinan Angkatan Tentera Malaysia khususnya.