
Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, Puan Sri Datin Wira Hartiah binti Hamzah, telah menyempurnakan Majlis Pembukaan Aktiviti BAKAT Darat Tahun 2025 yang berlangsung di Rumah BAKAT Darat, Kem Perdana Sungai Besi, pada 1 Mac 2025.
Majlis penuh bermakna ini dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, disertai oleh 100 Ahli BAKAT Darat, bagi menyemarakkan suasana kerohanian serta memperatkan silaturahim dalam kalangan ahli.
Sebagai simbolik permulaan aktiviti sepanjang tahun, majlis ini bukan sahaja mencerminkan komitmen BAKAT Darat dalam memperkasakan kebajikan ahlinya, tetapi juga sebagai platform untuk memupuk nilai spiritual dan kekuatan dalaman setiap individu.

