KOMITMEN TENTERA DARAT MALAYSIA DALAM OPERASI MURNI 2024

TERENGGANU, 28 Nov 24 - Komitmen berterusan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam menjalankan tugas-tugas kemanusiaan dan bantuan bencana diteruskan melalui penglibatan dalam Operasi Murni.
 
Operasi ini dilaksanakan bagi membantu pihak berkuasa dan rakyat yang memerlukan, khususnya dalam menghadapi bencana alam seperti banjir serta kecemasan.
 
Tentera Darat Malaysia telah mengatur gerak Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (PARA) bagi membantu dan menyelamatkan penduduk yang terjejas akibat banjir di Hulu Terengganu, Marang, dan Dungun. Beberapa agensi-agensi berkaitan dikoordinasikan bersama semua aset dan anggota yang terlibat bagi memastikan keselamatan orang awam sentiasa terjaga, khususnya pada musim tengkujuh ini. Kecekapan dalam melaksanakan operasi ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa bencana.
 
𝘍𝘰𝘳𝘸𝘢𝘳𝘥 𝘔𝘦𝘥𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘛𝘦𝘢𝘮 18 RAMD (PARA) yang diketuai oleh Kapten (Dr) Izzul Islam bin Bakri juga telah diaturgerakkan untuk berganding bahu dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam melaksanakan pemeriksaan kesihatan di kawasan-kawasan yang terjejas teruk, khususnya di daerah Hulu Terengganu dan Marang.
 
Pengalaman dan kepakaran dalam pelbagai situasi kecemasan menjadikan TDM antara pasukan yang diperlukan dalam melaksanakan misi kemanusiaan ini, terutamanya di kawasan-kawasan terpencil dan sukar dijangkau.
 
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia
#OpMurni2024
 
Sumber: Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (PARA)