KEMBALI KE ALMA MATER

FILIPINA, 25 Nov 24 -  Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah meluangkan masa melawat 𝘢𝘭𝘮𝘢 𝘮𝘢𝘵𝘦𝘳 beliau, Asian Institute of Management (AIM) yang terletak di Makati City, Filipina pada hari ini.
 
Lawatan ini mencerminkan hubungan beliau yang berterusan dengan institusi tersebut, yang turut menyumbang kepada perjalanan profesional beliau. Kehadiran PTD disambut baik oleh pihak AIM. Lebih menarik lagi, PTD telah menamatkan pengajian Sarjana dalam bidang Master in Management, pada tahun 2006. Lawatan ini juga bertujuan untuk merancang dan merangka satu kerjasama antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan AIM, khususnya berkaitan dengan keperluan mengatur gerak para Pegawai TDM untuk meneruskan pengajian ke tahap yang lebih tinggi di AIM pada masa hadapan.
 
Semoga kerjasama ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi memacu Tentera Darat ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.
 
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia