HARI MULA TUGAS PERTAMA PTD KE-28

Jeneral Datuk Zamrose bin Mohd Zain secara rasminya memulakan tugas sebagai Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-28 di Wisma Pertahanan pada hari ini, 12 Jun 2020 setelah mengambil alih tampuk pemerintahan dari Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi pada 11 Jun 2020.

 

Sebaik tiba di perkarangan Wisma Pertahanan, beliau telah disambut oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato’ Hasagaya bin Abdullah dan Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi. Beliau seterusnya telah diberi penghormatan menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang terdiri daripada 3 pegawai serta 43 anggota Lain-Lain Pangkat diketuai oleh Mej Mohd Izham bin Ahmad Rashidi serta diiringi Pancaragam Pusat RAMD (PP RAMD).

 

Majlis diteruskan dengan sesi bergambar bersama Peg Kanan Tentera Darat. Seterusnya beliau diperkenalkan  kepada staf yang bertugas di Pejabat Panglima Tentera Darat sebelum diteruskan dengan bacaan doa yang  disempurnakan oleh Kol Muhammad Azmi bin Wahab, Pengarah Sel Agama MK TD.

 

 Acara diakhiri dengan beliau melangkah masuk ke pejabat dan menerima kunjungan hormat oleh TPTD.