PERASMIAN NAIK TARAF PAVILION LAPANG SASAR 400 METER TERENDAK
MELAKA, 16 September 2026 – Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman hari ini merasmikan Pavilion Lapang Sasar 400 Meter, memperkukuh kesiapsiagaan taktikal menyeluruh Tentera Darat Malaysia (TDM) selari dengan kerangka strategik Angkatan Masa Hadapan (AMH).
Projek infrastruktur strategik yang bermula pada 8 Disember 2025 ini direka bentuk bukan sekadar sebagai persediaan menghadapi kejohanan ASEAN Armies Rifle Meet (AARM), malah sebagai platform latihan rasmi yang berterusan untuk memperkasakan kecekapan, ketepatan, serta profesionalisme tempur seluruh warga TDM secara holistik.
Pembangunan kemudahan ini membuktikan komitmen berterusan TDM dalam memastikan kesiapsiagaan optimum merentas pelbagai formasi sentiasa berada pada tahap tertinggi bagi mendepani sebarang spektrum penugasan pertahanan negara.
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia
#KemahuanUntukMenang