Panglima Tentera Darat telah meluangkan masa meninjau pelaksanaan proses Pengundian Awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi memastikan urusan pengundian warga Angkatan Tentera Malaysia berjalan dengan teratur, lancar dan mematuhi segala prosedur yang ditetapkan.
Lawatan ini turut memberi peluang kepada PTD untuk melihat sendiri aspek penyelarasan logistik, pengurusan pusat mengundi serta kesiapsiagaan petugas dalam memastikan hak demokrasi warga ATM dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan kesiapsiagaan operasi.
Berdasarkan data semasa, seramai 12,041 pengundi ATM telah diwartakan bagi PRN Johor, dengan 70% daripadanya terdiri daripada kategori Pengundi Awal. Keadaan ini menuntut penyelarasan yang teliti bagi memastikan setiap anggota yang layak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi mengikut ketetapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Hak mengundi merupakan tanggungjawab sebagai warganegara, manakala kesiapsiagaan mempertahankan negara kekal menjadi keutamaan setiap masa.
βHak Mengundi Dipelihara, Kesiapsiagaan Angkatan Dikekalkanβ
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia
#KemahuanUntukMenang Lihat Sedikit