36 PEGAWAI TENTERA DARAT DINAIKAN PANGKAT ANGKAT MARTABAT PERTAHANAN NEGARA

36 PEGAWAI TENTERA DARAT DINAIKAN PANGKAT ANGKAT MARTABAT PERTAHANAN NEGARA

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai-Pegawai Tentera Darat telah berlangsung dengan penuh istiadat di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi pada 18 September 2025. Acara berprestij ini telah dirasmikan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan yang hadir bersama isteri, Puan Sri Datin Sri Hajah Hartiah binti Hamzah, selaku Pengerusi Jemaah Bakat Darat.

Pada majlis ini, seramai 5 pegawai berpangkat Kolonel dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral, 10 pegawai Leftenan Kolonel dinaikkan ke pangkat Kolonel, 15 pegawai ikhtisas ditauliahkan sebagai Leftenan Muda, 1 pegawai sukarela Askar Wataniah dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral, 1 pegawai sukarela dipakaikan pangkat Mejar, 2 pegawai dianugerahkan Tauliah Mejar Kehormat serta 2 pegawai lagi menerima Tauliah Kolonel Kehormat.

Secara keseluruhan, seramai 36 pegawai Tentera Darat telah diraikan dalam majlis ini. Majlis ini bukan sahaja meraikan pencapaian individu, malah mencerminkan iltizam Tentera Darat dalam melahirkan kepimpinan berwibawa yang terus memperkukuh kedaulatan dan keselamatan negara.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#DutyHonourSacrifice

#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

#ATMSentiasaBersepadu

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara