PANGLIMA TENTERA DARAT HADIR MAJLIS PENUTUP LIMA'25, SERLAH PERANAN TDM DALAM PERTAHANAN NEGARA

PENUTUPLIMA1

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, menghadiri LIMA’25 Closing Ceremony & Announcement of LIMA’27 yang berlangsung di A.T.M.O.S Sphere Dome, MIEC, Langkawi pada 24 Mei 2025. Majlis tersebut disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia. LIMA '25 berjaya menghimpunkan lebih 450,000 pengunjung sepanjang lima hari dan mencatat lebih 1,400 pertemuan business-to-business (B2B), 900 pertemuan business-to-government (B2G) dan kehadiran 700 pengamal media, menjadikannya antara penganjuran paling berjaya setakat ini.

Kali ini, kelainan LIMA terserlah dengan penggunaan konsep ‘Dome’ yang menonjolkan elemen aeroangkasa, namun penglibatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menampilkan drone hasil inovasi warga TD sendiri turut medapat perhatian orang ramai di LIMA'25. Selain itu, TDM juga mengambil kesempatan menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa keamanan yang dinikmati hari ini adalah hasil pengorbanan pasukan keselamatan yang berdedikasi dan berani.

LIMA’25 bukan sekadar platform pertahanan, tetapi medan menyemai semangat patriotisme, menarik minat generasi muda menyertai Angkatan Tentera Malaysia, serta menonjolkan keunggulan teknologi pertahanan negara.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#HTD92

#AngkatanMasaHadapan

#DutyHonourSacrifice

#LIMA2025

#LIMA’25